A Bahasa Malaysia version of this notice is below.
Who We Are
Malaysia Translators is a certified translation service. We work fully online across Malaysia. We have no walk-in counter.
We follow Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (PDPA). This law says how a business may collect, use and keep your personal data.
What Data We Collect
We collect only what we need to give you a quote and do your order.
| Type of data | Examples | Where it comes from |
|---|---|---|
| Contact details | Name, email address | You (form or email) |
| Your documents | Certificates, IC or passport copies, statements, contracts | You (upload, email or courier) |
| Order details | Language, purpose, deadline, delivery address | You |
| Payment details | Payment reference, invoice details | You and our payment provider |
| Website data | IP address, browser type, pages visited, cookies | Your browser. See our cookie policy |
We do not store your full card number. Our payment provider handles card payments.
Your documents may contain sensitive data. Examples are health details on a medical report or religion on a marriage certificate. We use this only to translate the document you gave us.
Why We Use Your Data
We use your data to:
- Give you a quote and answer your questions
- Translate, check and certify your documents
- Arrange notarisation, legalisation or courier, if you ask for it
- Send your translation and invoice
- Fix mistakes and handle complaints
- Keep accounting and tax records the law requires
- Improve our website, using cookie data where you agree
We will not send you marketing messages unless you agree. You can stop them any time.
We do not sell your data.
Transfer Outside Malaysia
Some service providers, such as email or cloud storage, may keep data on servers outside Malaysia. Some translators for rare languages may work from outside Malaysia.
When this happens, we take steps to protect your data to a similar standard, as the PDPA requires.
How We Protect Your Data
- Files are kept in password-protected systems with limited access.
- Only the translator on your order opens your files.
- Our team and translators must keep your documents confidential.
- Our website uses secure (HTTPS) connections.
- We delete files when the job is done.
No system is 100% secure. If a data breach may harm you, we will tell you and the authorities as the law requires.
How Long We Keep Your Data
- Your uploaded documents and translations are deleted after the job.
- Quote requests that did not become orders are deleted within a reasonable time.
- Invoices and accounting records may be kept as long as the law requires.
You can ask us to delete your documents sooner. We will do so unless the law requires us to keep them.
Your Rights
Under the PDPA you can:
- Ask to see the personal data we hold about you
- Ask us to correct data that is wrong
- Withdraw your consent (this may mean we cannot finish your order)
- Ask us to stop sending marketing messages
- Ask us to delete your documents
To use these rights, email info@malaysiatranslators.com. We will reply promptly. We may ask you to prove who you are first.
If you are not happy with our reply, you can complain to the Personal Data Protection Commissioner (Jabatan Perlindungan Data Peribadi, JPDP) at www.pdp.gov.my.
Children
Our service is for adults. If you send documents about a child, such as a birth certificate, we treat them with the same care. We use them only for your order.
Cookies
Our website may use cookies. Read our cookie policy to learn more and how to turn them off.
Changes To This Policy
We may update this policy. The date at the top shows the latest version.
Contact
Malaysia Translators Email: info@malaysiatranslators.com
Versi Bahasa Malaysia
Notis ini diberikan dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, seperti yang dikehendaki oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kedua-dua versi membawa maksud yang sama.
Kemas kini terakhir: 8 Oktober 2026
Ringkasan: Kami hanya mengumpul data yang perlu untuk pesanan anda. Hanya penterjemah anda membuka fail anda, dan kami memadamkannya selepas kerja selesai.
Siapa kami
Malaysia Translators ialah perkhidmatan terjemahan bertauliah. Kami bekerja sepenuhnya dalam talian di seluruh Malaysia. Kami tiada kaunter untuk pelanggan datang terus.
Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Undang-undang ini menetapkan cara sesebuah perniagaan boleh mengumpul, menggunakan dan menyimpan data peribadi anda.
Data yang kami kumpul
Kami hanya mengumpul data yang perlu untuk memberi sebut harga dan menyiapkan pesanan anda:
- Butiran hubungan: nama dan alamat e-mel. Daripada anda (borang atau e-mel).
- Dokumen anda: sijil, salinan kad pengenalan atau pasport, penyata dan kontrak. Daripada anda (muat naik, e-mel atau kurier).
- Butiran pesanan: bahasa, tujuan, tarikh akhir dan alamat penghantaran. Daripada anda.
- Butiran pembayaran: rujukan pembayaran dan butiran invois. Daripada anda dan penyedia pembayaran kami.
- Data laman web: alamat IP, jenis pelayar, halaman yang dilawati dan kuki. Daripada pelayar anda. Lihat dasar kuki kami.
Kami tidak menyimpan nombor kad anda yang penuh. Penyedia pembayaran kami mengendalikan pembayaran kad.
Dokumen anda mungkin mengandungi data sensitif, contohnya butiran kesihatan dalam laporan perubatan atau agama dalam sijil nikah. Kami menggunakannya hanya untuk menterjemah dokumen yang anda berikan.
Mengapa kami menggunakan data anda
Kami menggunakan data anda untuk:
- Memberi sebut harga dan menjawab soalan anda
- Menterjemah, menyemak dan mengesahkan dokumen anda
- Mengatur notari, legalisasi atau kurier, jika anda memintanya
- Menghantar terjemahan dan invois anda
- Membetulkan kesilapan dan mengendalikan aduan
- Menyimpan rekod akaun dan cukai yang dikehendaki oleh undang-undang
- Menambah baik laman web kami, menggunakan data kuki jika anda bersetuju
Kami tidak akan menghantar mesej pemasaran kecuali anda bersetuju. Anda boleh menghentikannya pada bila-bila masa.
Kami tidak menjual data anda.
Dengan siapa kami berkongsi data
Kami berkongsi data anda hanya apabila perlu untuk pesanan anda:
- Penterjemah dan penyemak kami. Hanya penterjemah bagi pesanan anda membuka fail anda. Seorang ahli bahasa kedua menyemak kerja itu.
- Notari awam, jika anda meminta pengesahan notari
- Wisma Putra atau kedutaan, hanya jika anda atau wakil anda menyerahkan set yang kami sediakan untuk legalisasi
- Syarikat kurier, untuk penghantaran
- Penyedia pembayaran, untuk menerima bayaran
- Penyedia IT dan e-mel yang menempatkan laman web, e-mel dan fail kami
- Badan kerajaan, hanya apabila dikehendaki oleh undang-undang
Pemindahan ke luar Malaysia
Sesetengah penyedia perkhidmatan, seperti e-mel atau storan awan, mungkin menyimpan data pada pelayan di luar Malaysia. Sesetengah penterjemah bagi bahasa yang jarang digunakan mungkin bekerja dari luar Malaysia.
Apabila ini berlaku, kami mengambil langkah untuk melindungi data anda pada tahap yang setara, seperti yang dikehendaki oleh PDPA.
Cara kami melindungi data anda
- Fail disimpan dalam sistem yang dilindungi kata laluan dengan akses terhad.
- Hanya penterjemah bagi pesanan anda membuka fail anda.
- Pasukan dan penterjemah kami wajib merahsiakan dokumen anda.
- Laman web kami menggunakan sambungan selamat (HTTPS).
- Kami memadamkan fail apabila kerja selesai.
Tiada sistem yang 100% selamat. Jika berlaku pelanggaran data yang boleh memudaratkan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Berapa lama kami menyimpan data anda
- Dokumen yang anda muat naik dan terjemahan dipadamkan selepas kerja selesai.
- Permintaan sebut harga yang tidak menjadi pesanan dipadamkan dalam tempoh yang munasabah.
- Invois dan rekod akaun mungkin disimpan selama yang dikehendaki oleh undang-undang.
Anda boleh meminta kami memadamkan dokumen anda lebih awal. Kami akan berbuat demikian kecuali undang-undang mewajibkan kami menyimpannya.
Hak anda
Di bawah PDPA, anda boleh:
- Meminta untuk melihat data peribadi anda yang kami simpan
- Meminta kami membetulkan data yang salah
- Menarik balik persetujuan anda (ini mungkin bermakna kami tidak dapat menyiapkan pesanan anda)
- Meminta kami berhenti menghantar mesej pemasaran
- Meminta kami memadamkan dokumen anda
Untuk menggunakan hak ini, e-mel info@malaysiatranslators.com. Kami akan membalas dengan segera. Kami mungkin meminta anda membuktikan identiti anda terlebih dahulu.
Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (Jabatan Perlindungan Data Peribadi, JPDP) di www.pdp.gov.my.
Kanak-kanak
Perkhidmatan kami adalah untuk orang dewasa. Jika anda menghantar dokumen tentang kanak-kanak, seperti sijil kelahiran, kami mengendalikannya dengan penuh berhati-hati. Kami menggunakannya hanya untuk pesanan anda.
Kuki
Laman web kami mungkin menggunakan kuki. Baca dasar kuki kami untuk mengetahui lebih lanjut dan cara mematikannya.
Perubahan kepada dasar ini
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Tarikh di bahagian atas menunjukkan versi terkini.
Hubungi kami
Malaysia Translators E-mel: info@malaysiatranslators.com
Questions about this policy?
Email us at info@malaysiatranslators.com. We reply in plain English.

